Senin, 25 Mei 2009

CORAK PEMIKIRAN FILSAFAT DI DUNIA BARAT

A. IBNU BAJJAH
Pengenalan
Abu Bakr Muhammad Ibn Yahya al-Saigh atau lebih dikenali sebagai Ibn Bajjah. Beliau telah dilahirkan di Saragossa pada tahun 1082 (M). Ibn Bajjah merupakan seorang sasterawan Negara, ahli bahasa, ahli musik, pemain gabus, hafiz al- quran, dan pakar dalam bidang perubatan dan doktor yang teragung yang pernah di lahirkan oleh Andalusia (Sepanyol).
Pemikirannya
Sumbangannya dalam bidang keilmuan amat besar sekali. Dalam bidang falsafah Ibn Bajjah boleh diletakkan setaraf dengan ahli falsafah lain seperti al- Farabi dan Aristotle. Ibn Bajjah telah mengemukakan gagasan falasafah ketuhanan yang menetapkan bahawa manusia boleh berhubung dengan akal fa ‘ al melalui perantaraan ilmu pengetahuan dan pembangunan potensi manusia. Menurut Ibn Bajjah, manusia boleh mendekati Tuhan melalui amalan berfikir dan tidak semestinya amalan tasawuf yang dikemukakan oleh Iman al-Gazali.
Apabila berfikir menggunakan akal yang waras dan menggunakan ilmu pengetahuan serta berlandaskan agama Islam seseorang itu akan terhindar daripada perbuatan atau sifat haiwaniah yang terkurung dalam diri dan hati manusia apabila keutamaan dan perbuatan yang bermoral dapat mengusai jiwa. Pada pandangan Ibn Bajjah lagi seseorang atau individu itu harus mengupayakan perjuangannya untuk berhubungan dengan alam dan masyarakat. Jikalau sesuatu masyarakat atau kumpulan tidak baik atau tidak bermoral maka seseorang itu harus menyendiri dan menyepi .
Aliran falsafah yang wujud, berdasarkan peredaran zaman dan pandangan pendukungnya berbeda antara satu sama lain. Aliran falsafah Eksistensialisme umpamanya berbeda dengan pandangan yang dikemukakan oleh Ibn Bajjah. Aliran eksistensislisme dimonopoli oleh agama Kristian dan di kaitkan dengan Krekergwrd (1813-1855) yang menekakan aliran falsafah pengalaman dan penghidupan, sebenarnya manusia menjadi fokus segala pemikiran dan menolak aliran falsafah lain. Aliran ini menekankan keutamaan, hak dan tanggungjawab individu dan menolak keutamaan hak masyarakat.
Pada pandangan ibn Bajjah pula seseorang harus mengupakan perjuangannya berhubung dengan alam secara bersama dengan masyarakat dan jikalau masyarakat tidak baik barulah seseorang itu harus meneruskan perjuangannya secara sendiri untuk mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Berbanding dengan aliran falsafah yang didukung oleh agama Kristian yang menolak konsep secara berjemaah atau kemasyarakatan.
Ibn Bajjah dikatakan setaraf dengan al- Farabi karena melalui persamaan mereka yang meletakkan ilmu mengatasi segala-galanya. Mereka hampir sependapat bahawa akal dan wahyu merupakan satu hakikat yang padu. Apabila akal dan wahyu dipisahkan akan melahirkan individu, yakni sebuah masyarakat yang kucar- kacir dan sebuah negara yang pincang. Ibn Bajjah menekakan bahawa akal dan wahyu menjadi asas dan menjadi dasar kepada pembentukan peribadi setiap individu dan pembinaan sebuah negara serta masyarakat yang bahagia dan aman damai.
Ibn Bajjah berpendapat bahwa akal boleh menyebabkan manusia mengenali apa
saja mengenai wujud benda atau Tuhan. Akal boleh mengenali dengan sendiri perkara-perkara tersebut tanpa dipengaruhi oleh unsur-unsur kerohanian melalui amalan tasawuf. Aliran falsafah Rasionalisme menekan hal yang sebaliknya atau berbeda dengan pandangan Ibn Bajjah. Aliran ini menekakan falsafah yaitu segala ilmu pengetahuan lebih tinggi daripada akal dan bukan daripada wahyu atau kurnia Tuhan.
Aliran ini juga menekakan bahawa sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh akal adalah tidak wujud dan segala kejadian dalam alam ini merupakan gejala alam semula jadi yang biasa bukan daripada kuasa luar biasa Tuhan, dan kepercayaan agama serta etika mulia merupakan bentuk-bentuk aspirasi dan gerak hati suci insan bukan berpuncak daripada petunjuk otoriti yang kudus (Tuhan). Aliran secara terang menolak kewujudan Tuhan atau wahyu yang ditekankan oleh Ibn Bajjah, menekankan bahwa akal dan wahyu adalah perkara atau sesuatu yang padu dan tidak dapat dipisahkan.
Pada pandangan saya seseoarang itu harus berpegang pada sesesuatu atau
pada sebuah agama yang dapat membawanya kearah yang lebih baik dan diberkati. Agama Islam umpamanya berpegang teguh kepada al Quran dan wahyu yang diturunkan oleh tuhan( Allah) kepada umatnya dan bergantung kepada individu tersebut untuk mengikutinya atau menjalankannya untuk mendapat keridhaan Tuhan.
Ibn Bajjah merupakan seoarng ahli falsafah yang dikagumi di negaranya kerana
telah banyak jasa dan sumbangannya kepada negara dan dunia Islam. Ibn Bajjah belajar ilmu-ilmu lain yang dapat menbantu memahaminya dalam hal-hal yang berkaitan dengan metafisik. Ilmu sains misalnya dugunakan oleh Ibn Bajjah untuk menghuraikan persoalan benda dan rupa. Menurut Ibn Bajjah, benda tidak mungkin wujud tanpa rupa tetapi rupa tanpa benda mungkin wujud. Oleh sebab itu, kita boleh menggambarkan sesuatu dalam bentuk dan rupa yang berbeda-beda.
Kemahiran Ibn Bajjah dalam bidang matematika digunakan untuk menguatkan hujah dan pandangannya mengenai falsafah serta persoalan metafizik.
Masih banyak lagi pemikiran falsafah Ibn Bajjah yang tidak diketahui kerana sebagian besar karya tulisannya telah musnah. Bahan yang tinggal dan sampai kepada kita hanya merupakan sisa-sisa dokumen yang berselerakkan di beberapa perpustakaan di Eropa. Setengah pandangan falsafahnya jelas mendahului zamannya. Sebagai contoh, beliau telah lama menggunakan ungkapan manusia sebagai makhluk sosial,sebelum para sarjana Barat berbuat demikian. Begitu juga konsep masyarakat madani telah dibicarakan dalam tulisannya secara tidak langsung.
Kesimpulan
Yang dapat disimpulkan mengenai falsafah yang dipengang oleh Ibn Bajjah
ialah, Ibn Bajjah merupakan seorang pemikir falsafah Islam yang terulung yang mencipta atau mengusulkan beberapa gagasan yang bermakna dan berlandaskan sumber agama Islam dan berdasarkan wahyu daripada Tuhan.
Segala gagasan yang dikemukakan olehnya adalah berpandangan dengan
ajaran agama Islam. Beliau juga telah menggunakan kelebihan yang ada padanya untuk dimanfatkan kepada masyarakat dan negara khususnya agama dan masyarakat Islam. Ibn Bajjah juga telah menggunakan atau mengikuti perintah Tuhan yaitu setiap atau segala kejadian yang berlaku atau yang ada di dunia ini yang dijadikan oleh Tuhan adalah mempunyai makna dan maksudnya tersendiri.
Menjadi tanggungjawab manusia atau sebagai umat Islam untuk mengkaji dan menyelidiki apa yang tidak dinyatakan oleh Tuhan secara jelas dalam al Quran. Ibn Bajjah telah meninggal dunia pada usia yang masih muda akibat diracuni oleh mereka yang berperasaan dengki dan khianat terhadapnya, beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun 1138 (M). Biarpun umur Ibn Bajjah tidak panjang tetapi pemikiran dan sumbangannya telah meletakkan tapak yang kukuh kepada perkembangan ilmu dan falsafah di bumi Andalusia.

B. IBNU TUFAIL
Pengenalan
Ibnu Tufail atau nama asalnya Abu Bakar Muhammad Bin Abdul Malik Bin Muhammad Bin Tufail al-Andalus. Nama Latin Abubacer ialah Filsuf, doktor dan pejabat pengadilan Arab Muslim dari Al-Andalus. Lahir pada tahun 1106 masehi di Guadix dekat Granada, ia dididik Ibnu Bajjah (Avempece). Ia berjabat sekrataris untuk penguasa Granada. Lebih dikenali sebagai ahli hukum , doktor perubahan dan ahli politik yang handal dan kemudian sebagai user untuk Abu Yaqub Yusuf yaitu seorang penguasa Sepanyol Islam (Al-Andalus). Ibnu Tufail meninggal di Marako, sepanjang hayatnya beliau berjaya mengarang ‘ Hary Ibnu yaqthan” (Hidup putra kesadaran). Roman firasat dan kesan Alegori lelaki yang hidup sendiri dari sebuah pulau dan yang tanpa hubungan dengan manusia lain yang telah menemukan kebenaran dengan pemikiran yang masuk akal.
Ibnu Tufail pernah memegang jabatan doktor pribadi kepada pemerintahan Al-Muwahidin ,Abu Yakub Yusuf . Selepas meninggal Ibnu Tufail digantikan oleh anak muridnya yaitu Ibnu Rusyd. Semasa hayatnya , Ibnu Tufail pernah dilantik sebagai Menteri dan merupakan ahli politik yang terkenal dan dihormati dikalangan golongan pemerintah. Selain daripada itu Ibnu Tufail juga melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, pengadialn dan penulisan.

Pemikirannya
Ibn Tufail banyak menghasilkan karya falsafah namun tidak semua berjaya ditafsirkan dan diwarisi kepada umat Islam hingga sekarang. Ini kerana karya-karya yang lain sukar untuk diterjemahakan, namun buku-buku itu kemudiannya diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa yunani. Kitab hasil karya Ibnu Tufail itu ialah`Yadzan’. Dalam kitab Yadzan beliau memutuskan pandangannya secara umum dengan gaya bahasa dan imajinasi yang indah. Yadzan juga merupakan kitab yang paling indah dihasilkan oleh seorang ahli falsafah Islam seabad dengannya. Dalam buku tersebut beliau mencoba menerangkan bagaimana manusia mampu mengenali Allah, dilakukan dengan membuat pengkajian terhadap alam sekitar. Watak yang dibawa dalam buku ini , Ibnu Tufail merangka satu falsafah melalui tahap pemikiran yang ada pada manusia. Ibnu Tufail menggunakan watak Hay ibn Yaqzan yang hidup disebuah pulau di Khatulistiwa dengan menggunakan gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan harian manusia yaitu panas, sejuk, basah dan kering. Beliau menceritakan tentang watak ini yang hidup ditempat yang terpencil dan mampu mempertahankan setiap aktiviti kehidupannya dengan baik kerana penggunaan kemampuan akal dan bantuan pancaindera dengan baik. Watak yang diperkenalkan oleh Ibnu Tufail ini dianggap sebagai watak luar biasa dalam karya falsafah yang dihasilkan oleh ahli falsafah sebelum ini.
Watak Hay Bin Yaqzan yang dikemukakan oleh Ibnu Tufail adalah watak yang tidak pernah mengenali ibu bapanya, tetapi Ibnu tufail telah melengkapkan watak ini apabila alam telah mengaruniakan seekor kijang yang menyusu dan memberikan makan. Setelah menjangkau dewasa Ibnu Tufail telah mengarahkan pandangan Hay Bin Yaqzan terhadap perkara yang ada di sekelilingnya bermula dari itu Ibnu Tufail telah membahaskan tentang kejadian dan rahasia perubahan yang berlaku disekeliling. Bagi pandangan beliau juga dibalik alam terdapat sebab yang tersembunyi yang mentadbir dan menbentuknya. Watak Hay Bin Yaqzan yang diperkenalkan oleh Ibnu Tufail yang selalu membahas serta menganalisis suatu perkara sehingga Hay Bin Yaqzan ini mampu mengetahui bahwa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu bergantung kepada hubungan manusia dengan Allah, yaitu pegangan agama. Sebagai tokoh falsafah islam Ibnu Tufail ingin memberitahu kepada pembaca karya beliau bahwa pegangan agama amat penting dalam kehidupan harian. watak inilah yang Berjaya menbantu pembaca memahami pemikiran falsafah Ibnu Tufail.
Ibnu Tufail banyak menghasilkan falsafah termasuk mengenai ilmu metafisik, matematik, dan sebagainya. Beliau melihat alam yang dihuni manusia ini sebagai baru yang ditabir oleh tuhan Yang Satu dan berkuasa penuh, dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber asas kehidupan mereka di muka bumi ini. Falsafah Ibnu Tufail bukan saja berdasarkan metasizik tapi sains seperti fisika contohnya beliau mendapati lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan tipis daripada lapisan rendah disebabkan kepanasan berlaku dilapisan permukaan bumi bukannya diruang udara. Selain itu pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berkaitan dengan masyarakat. Ibnu Tufail menyatakan sebagian masyarakat, terdiri daripada anggota-anggota yang malas. Masyarakat yang digambarkan oleh Ibnu Tufail adalah mereka yang
mempunyai nilai-nilai yang sedia ada tanpa mau mencari kelebihan masing-masing
sebaliknya terserah apa yang dimiliki saja tanpa mau memperbahaskannya. Mungkin tujuan seorang falsafah menyatakan demikian adalah untuk menaikkan semangat masyarakat yang membaca karya beliau bahwa tidak semua masyarakat malas dan tidak berusaha untuk mempertahankan hak yang dimiliki, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Tufail
Walaupun dikatakan Ibnu Tufail tidak mempunyai nama-nama pengikut namun beliau mempunyai anak murid, Ibnu Bajjah merupakan anak murid Ibnu Tufail namun anak muridnya ini tidak juga mengikut sepenuhnya falsafah yang dibahawa oleh gurunya., namun dalam karya yang beliau hasilkan banyak dipengaruhi oleh falsafah anak muridnya Ibnu Bajjah. Hal ini dapat diperhatikan pada pertengahan buku ‘hay bin yazan” yang membawa pesan yang sama dengan kitab yang dihasilkan oleh Ibnu Bajjah yaitu Mutawwihid dalam buku ini Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan terhadap tulisan Al-Farabi dan Ibnu Sina. Ibnu Tufail juga mudah menerima pandangan serta pemikiran ahli-ahli falsafah Islam yang contohnya Al-Farabi dan beberapa ahli falsafah islam yang lain dengan baik. Namun demikian Ibnu Tufail tidak menerima bulat-bulat setiap saranan yang dibawa oleh ahli-ahli falsafah ini. Sebaliknya beliau mengkaji dan meneliti dengan lebih terperinci terlebih dahulu pandangan falsafah tersebut. Ibnu tufail mendapati kepanasan yang berlaku pada permakaan bumi dihasilkan oleh geseran, gerakan cahaya sama ada di api ataupun matahari. Pembaca menganggap perkara tersebut biasa pada zaman sekarang juga sebaliknya pandangan yang dibawa oleh Ibnu Tufail sebenarnya telah menyedarkan batasan kepada ahli-ahli sains untuk menjalankan setiap kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengan kepanasan permukaan bumi

Kesimpulan
Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir pada 1185 Masihi, Beliau tetap aktif dengan masyarakat sekeliling dan terjebak dengan baik dalam bidang pemerintahan kenegaraan. Ini berbeda dengan kebanyakan ahli falsafah yang suka mengasingkan diri apabila mengjangkau usia yang lanjut. Falsafah pemikiran yang dibawa oleh Ibnu Tufail dapat dipelajari sehingga kini. Walaupun hanya satu saja falsafah yang tersohor namun karya tersebut dapat mengharumkan nama beliau dikalangan tokoh-tokoh falsafah Islam. Pemikiran yang dibawa melalui kitab Hay Bin Yazan dapat mengorek pemikiran pembaca-pembaca falsafah bahwa pentingnya penggunaan akal dan pancaindera dalam kehidupan harian walaupun pelbagai rintangan dan dugaan yang terpaksa dihadapi dan tidak mensia-siakan kelebihan tersebut.

C. IBNU RUSYD
Pengenalan
Ibnu Rushd atau nama penuhnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad adalah ahli falsafah, perobatan, matematik, teologi, ahli fikah mazhab Maliki, astronomi, geografi dan sains. Dilahirkan di Spanyol (tahun 1126) dan meninggal dunia (tahun 1198) di Maghribi, beliau adalah ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam. Pengaruhnya bukan saja berkembang luas didunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropa. Di Barat, beliau dikenal sebagai Averroes dan bapa kepada fahaman sekularisme. Beliau lahir dalam keluarga yang berilmu dan ternama, di mana bapa serta datuknya merupakan ahli kadi Cordova ( Spanyol ). Selain itu, beliau telah dihantar berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudian menjadi sahabat karibnya. Ibnu Rushd mempelajari ilmu fiqh dan perobatan dari sahabatnya yang juga merupakan tokoh perobatan yang terkenal di Spanyol, (Ibnu Zuhr) yang pernah bertugas sebagai doktor istana di Andalusia.
Selain itu, Ibn Rushd juga telah dilantik menjadi hakim di Sevilla pada tahun 1169 dan dua tahun kemudian beliau dilantik menjadi hakim di Cordova. Beliau telah banyak menyumbangkan jasanya dalam bidang falsafah dan telah menyelesaikan banyak masalah berkenaan dengan perdebatan antara ahli falsafah yang lain mengenai ilmu Allah. Sumbangan Ibn Rushd bukan hanya itu saja bahkan dalam pelbagai bidang lagi antaranya, perobatan, ilmu kalam, falak, fiqh, musik, kajian binatang, tatabahasa, dan nahu. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al-Taysir yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment.
Salah satu sifat Allah yang menjadi perdebatan hebat antara Mutakallimin dengan ahli falsafah muslim ialah sifat ilmu. Perdebatan mengenai ilmu Allah inilah menyebabkan Al-Ghazali ( w.1111 M. ) mengkafirkan ahli falsafah yang mengatakan Allah itu hanya mengetahui secara keseluruhan sahaja dan tidak mengetahui secara mendalam. Ibn Rushd atau dikenal sebagai Averroes ( 1126-1198 M. ) mencoba menyelesaikan polemik ini dengan mengambil pemikiran falsafah dan teologi Islam. Beliau dengan jelas mengatakan bahawa “Allah mempunyai ilmu kerana ilmu adalah salah satu daripada sifat kesempurnaan-Nya. Seterusnya, ilmu Allah itu adalah abadi dan kekal selama-lamanya”. Beliau berkata demikian kerana beliau tidak membedakan di antara zat Allah dengan sifat-Nya. Hal ini kerana Allah dan sifat ilmu-Nya itu adalah satu. Oleh kerana zat Allah itu qadim maka sifat-Nya juga adalah qadim.
Ibn Rushd dengan pendapatnya yaitu “Allah mempunyai ilmu” telah mengutarakan dua alasan bagi menyokong pendapatnya itu. Alasan pertama yang diberikan beliau adalah sifat ilmu yang dimiliki oleh Allah itu dinyatakan di dalam al-Quran dalam banyak ayat. Contohnya ayat al-Quran yang bererti :
“Dan di sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia saja; dan Ia mengetahui apa yang di darat dan di laut, dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya; dan tidak (gugur) sebutir biji pun dalam kegelapan malam bumi, dan tidak (gugur) yang basah dan yang kering melainkan (semuanya) ada (tertulis) dalam kitab (Lauh mahfuz) yang nyata dan terang. (6:59)”
Alasan kedua yang dikemukakan oleh Ibn Rushd ialah berdasarkan fenomena-fonomena yang wujud di dunia ini yang boleh dilihat dengan mata kepala. Contohnya ayat al-Quran yang artinya :
“Tidakkah Allah yang mencipta makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedangkannya Dia amat halus urusan tadbirnya dan mendalam pengetahuan-Nya. (67:14)”
Berdasarkan potongan ayat di atas Ibn Rushd menghubungkan pengalaman kita dengan alam semesta ini, dan menggunakannya sebagai bukti bahwa Allah itu mempunyai ilmu. Beliau berpendapat bahwa semua makhluk yang kita lihat mempunyai penyusunan dan kerjasama yang wujud dalam semua bagian. Hal ini menunjukkan bahwa perkara ini tidak berlaku dengan sendirinya tetapi sebaliknya menunjukkan adanya seorang yang menyusun segalanya itu, dan sudah semestinya orang itu mestilah yang berilmu. Oleh karena itu Allah sebagai pengarah semua yang wujud mestilah mempunyai ilmu, dan ilmu-Nya itu mestilah yang paling sempurna seperti zat-Nya juga. Selain itu, Ibn Rushd memberi perbincangan yang luas mengenai ilmu Allah dalam bukunya Tahafut al-Tahafut dan Tafsir Ma Bad al-Tabiah. Dalam bukunya Ibn Rushd menyokong pendapat ahli falsafah yang menyatakan bahawa Allah tidak mengetahui perkara lain selain daripada zat-Nya sahaja. Beliau memberikan beberapa alasan bagi menyokong pandangannya itu yaitu tidak ada potensi pada zat Allah dan zat Allah itu adalah sesuatu yang ”wajib al-wujud” yang tidak sesekali menerima sembarang perubahan.
Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan oleh Ibn Rushd di atas, kita mengetahui bahwa Allah hanya mengetahui zat-Nya saja. Masalah ini melahirkan dilema dalam fikiran kita, dan bagi menyelesaikan dilema ini Ibn Rushd menjelaskan hal ini secara teliti dan berhati-hati sekali melalui ungkapan : “Prinsip pertama (Allah) tidak mengetahui perkara lain selain zat-Nya”. Ungkapan itu bermaksud Allah mengetahui semua perkara kerana ilmu-Nya itu adalah sebab kewujudan semua perkara. Contohnya manusia dan kepanasan, di mana manusia yang hanya mengetahui panasnya api tidak boleh dikatakan dia jahil mengenai tabiat kepanasan objek panas kerana ia mengetahui tabiat panas itu dengan sebab ianya panas. Oleh yang demikian, melalui perspektif yang sama Zat Yang Pertama (Allah) mengetahui sesuatu yang maujud dengan zat-Nya sendiri. Beliau menerangkan lagi bahawa Allah itu bukanlah jahil tentang makhluk kerana Allah adalah sebagai sumber segala maujudat, dan dengan mengetahui zat-Nya sendiri sudah cukup untuk Allah mengetahui objek lain.
Seterusnya Ibn Rushd menegaskan bahawa kekeliruan yang berlaku mengenai ilmu Allah ini adalah di sebabkan berlakunya qias antara ilmu qadim (ilmu Allah) dengan ilmu baru (ilmu manusia) dan qias seperti ini menurut beliau adalah salah. Beliau menjelaskan bahawa kita tidak boleh berkata bhwa Allah mengetahui sesuatu di alam ini sama ada dengan ilmu baru atau ilmu qadim, kerana ianya adalah bid’ah dalam islam. Islam melarang perbincangan mengenai ilmu Allah dalam bentuk dailektik (cara berfikir yang logik) kerana di kuatiri akan menyimpangkan akidah seseorng itu. Beliau menyatakan lagi bahwa ilmu Allah dan ilmu manusia adalah berbeda kerana ilmu Allah sebab wujudnya maujudat manakala ilmu manusia adalah disebabkan maujudat.
Kesimpulan
Dapat disimpulkan bahawa Ibn Rushd menerangkan secara teliti berkenaan dengan ilmu Allah yang sebelum ini membawa kekeliruan kepada ahli falsafah yang lain. Seterusnya, Ibn Rushd membuat ringkasan kesimpulan mengenai perbincangan tentang ilmu Allah adalah seperti berikut. Pertama, terdapat beberapa kekeliruan yang kadang-kadang amat ketara jika ilmu Allah ditinjau dari sudut ilmu falsafah. Kedua, satu jalan yang dapat mengatasi kekeliruan itu ialah umat Islam khasnya golongan massa, tidak perlu membincangkan secara mendalam dan panjang lebar tentang ilmu Allah kerana di khawatirkan akan menyesatkan dan menyimpangkan mereka hingga membawa kepada syirik. Ibn Rushd menyatakan lagi bahawa cukuplah hanya sekadar apa yang diterangkan di dalam al-Quran dan al-Hadits.

DAFTAR PUSTAKA

Mustofa, FILSAFAT ISLAM, Bandung: Pustaka Setia, 2007.

Nasution Harun, Filsafat dan Mistisme dalam Islam, Jakarta: PT Bulan Bintang,
2008.

Leaman Oliver, Pengantar FILSAFAT ISLAM, Jakarta: Rajawali Pers, 1989.


Sudarsono, Filsafat Islam, Jakarta: Sineka Cipta, 2004

http://ms.wikipedia.org/wiki

http://mediabilhikmah.multiply.com/journal/item/83